Pesawat kargo Boeing 737 hilang di perairan Karachi
Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat kargo Boeing 737 milik K2 Airways. (Gambar: Petikan skrin laman K2AIRWAYS.COM)
HYDERABAD: Pakistan melancarkan operasi mencari besar-besaran selepas sebuah pesawat kargo Boeing 737 yang membawa lima anak kapal dilaporkan hilang di perairan Karachi pada Selasa (7 Jul) malam.
Pesawat milik K2 Airways yang berpangkalan di Karachi terputus hubungan dengan pengawal trafik udara pada kedudukan 155 batu nautika (287 kilometer) di barat bandar pelabuhan berkenaan, menurut Penguasa Lapangan Terbang Pakistan (PAA) dalam catatannya di media sosial.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Sharjah di Amiriah Arab Bersatu (UAE) ke Karachi.
Pada pukul 9.18 malam waktu tempatan, juruterbang melaporkan masalah sistem navigasi dan pengawal trafik udara Karachi segera membantu dengan memberikan panduan kepada pesawat berkenaan.
Bagaimanapun, tiga minit kemudian, pesawat itu dikesan menjunam dengan pantas sebelum hilang sepenuhnya daripada radar di Laut Arab.
PAA menyatakan operasi mencari dan menyelamat di laut kemudian dilancarkan menerusi pelbagai agensi bagi mengesan pesawat yang hilang itu.
Saluran televisyen Pakistan melaporkan frigat Tentera Laut Pakistan, PNS Zulfiqar serta pesawat Saab milik Tentera Udara turut menyertai operasi pencarian bersama aset maritim dan udara lain.
Kapal dagang Lahore milik Pakistan National Shipping Corporation turut dikerahkan bagi membantu operasi.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.