Pesawat Jepun terpaksa berpatah balik gara-gara penumpang gigit lengan kru kabin
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP/Richard A Brooks
TOKYO: Sebuah pesawat penerbangan kendalian All Nippon Airways Jepun dari Tokyo ke Seattle, Amerika Syarikat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo pada Rabu (17 Jan) selepas seorang penumpang dilaporkan menggigit lengan seorang kru kabin, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Lelaki berusia 55 tahun yang dipercayai warga Amerika itu ditahan oleh polis Tokyo sejurus pesawat mendarat kerana menyebabkan kecederaan, menurut Agensi Berita Kyodo.
Insiden itu berlaku pada malam Selasa semasa pesawat penumpang penerbangan yang membawa seramai 118 penumpang sedang terbang di ruang udara Pasifik.
Motif lelaki itu bertindak sedemikian masih disiasat.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.