Skip to main content

Dunia

Pesawat berpatah balik angkara organ manusia

Sebuah pesawat Southwest Airlines yang dalam perjalanan dari Seattle ke Dallas terpaksa berpatah balik, selepas mendapati bekas mengandungi jantung manusia, tertinggal di dalam kapal terbang itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat berpatah balik angkara organ manusia

Pesawat Southwest Airlines di sebuah lapangan terbang. (Gambar fail: Daniel Slim/AFP)

Diterbitkan : 14 Dec 2018 12:10PM Dikemas Kini : 14 Dec 2018 12:14PM

CHICAGO: Sebuah pesawat Southwest Airlines yang dalam perjalanan dari Seattle ke Dallas terpaksa berpatah balik, selepas mendapati bekas mengandungi jantung manusia, tertinggal di dalam kapal terbang itu.

Demikian menurut para pegawai syarikat penerbangan itu pada Khamis (13 Dis).

Kakitangan pesawat hanya sedar akan kehadiran bekas mengandungi organ itu apabila pesawat sudah berada di timur Idaho, kira-kira 950 kilometer dari Seattle.

Muatan penting dari California itu sepatutnya dihantar ke sebuah hospital di Seattle.

“Sebaik sahaja kami menyedari kesilapan tersebut, kami segera berpatah balik ke Seattle,” kata jurucakap syarikat Dan Landson kepada AFP.

Syarikat Southwest Airlines bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai nama syarikat yang menghantar organ itu atau mengesahkan maklumat lain mengenai kejadian tersebut.

Akbar Seattle Times dalam laporannya menyatakan, juruterbang memaklumkan penumpang pesawat bahawa kargo terbabit adalah jantung manusia.

Namun, ia gagal mengenal pasti hospital di mana jantung manusia itu dihantar bagi tujuan pembedahan pemindahan organ.  

Sumber : AFP/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita