Skip to main content

Dunia

Pesawat Austrian Airlines hilang 'hidung' semasa penerbangan dek hujan batu

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Austrian Airlines hilang 'hidung' semasa penerbangan dek hujan batu

Gambar: exithamster/Instagram

Diterbitkan : 11 Jun 2024 10:16AM
VIENNA: Sebuah pesawat milik Austrian Airlines berjaya melakukan pendaratan cemas di Vienna selepas hujan batu meranapkan kon hidung pesawat dan menyebabkan keretakan pada tingkap hadapan kokpit.

Insiden cemas itu berlaku selepas penerbangan OS434 berdepan ribut hujan batu setelah meninggalkan Palma de Mallorca pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) pada Ahad lalu (9 Jun).

Pesawat berkenaan, yang sedang dalam perjalanan dari Palma de Mallorca di Sepanyol ke Vienna, Austria, membawa seramai 173 penumpang dan enam anak kapal, lapor agensi berita CNN.

"Kesemua penumpang selamat. Ia berdepan detik mengerikan itu ketika menghampiri Vienna dan ancaman hujan batu tersebut tidak terpampang pada radar cuaca

"Berdasarkan penilaian semasa, hujan batu itu turut menyebabkan kerosakan pada beberapa panel," ujar syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Menurut laporan CNN, Gambar yang menjadi tular menunjukkan radom hidung, bahagian aerodinamik yang menutupi bahagian depan pesawat tercabut sepenuhnya selain kesan lekuk akibat impak hujan batu tersebut.

Kedua-dua tingkap rosak teruk, namun masih utuh.

Difahamkan, pesawat sememangnya dibina untuk bertahan cuaca yang teruk termasuk hujan batu, sambaran kilat dan pergolakan udara.

Insiden pesawat berdepan cuaca buruk semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dan kali terakhir melibatkan pesawat Singapore Airlines hingga meragut nyawa satu nyawa penumpang manakala puluhan dilaporkan cedera.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita