Skip to main content

Dunia

Pesawat Angkatan laut Amerika terhempas di Lautan Pasifik

Sebuah pesawat Angkatan Laut Amerika yang membawa 11 orang terhempas di Lautan Pasifik.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Nov 2017 09:00PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 09:41AM

FILIPINA: Sebuah pesawat Angkatan Laut Amerika yang membawa 11 orang terhempas di Lautan Pasifik.

Lapan anak kapal diselamatkan.

Satu gerakan mencari dan menyelamat sedang diteruskan oleh pasukan Amerika dan Jepun.

Pesawat pengangkutan C-2 Greyhound itu terhempas dekat Okinawa, Jepun, semasa dalam penerbangan ke kapal induk USS Ronald Reagan yang sekarang berada di Laut Filipina .

Insiden terbaru itu juga melibatkan armada ketujuh tentera Amerika yang mengalami dua kemalangan teruk di perairan Asia baru-baru ini.

USS John McCain berlanggar dengan sebuah kapal tangki minyak berdekatan Singapura Ogos lalu menyebabkan 10 anak kapal terkorban dan lima lagi mengalami kecderaan.

Dua bulan sebelum itu, USS Fitzgerald pula berlanggar dengan sebuah kapal kargo berdekatan Jepun, menyebabkan tujuh anak kapal terkorban.

Terdapat juga dua insiden yang kurang diketahui. Pada Januari lalu, USS Antietam terbabas ke darat berdekatan pelabuhan di Jepun dan pada bulan Mei pula, USS Lake Champlain berlanggar dengan sebuah kapal penangkap ikan Korea Selatan. 

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita