Pesawat Air India berpatah balik ke Hong Kong akibat masalah teknikal
Pesawat Air India yang dalam penerbangan ke Delhi dilapor berpatah balik ke Hong Kong dipercayai susulan masalah teknikal.
Sebuah pesawat Boeing 787 Dreamliner milik Air India. (Gambar fail: REUTERS/Ryan Zhang)
Memetik laporan India TV, juruterbang mengesan masalah tersebut sebelum pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu berpatah balik pada Isnin (16 Jun).
Laporan itu menambah, pesawat AI315 selamat mendarat semula di Hong Kong.
Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung masalah teknikal berkenaan.
Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas sebuah pesawat Boeing Dreamliner milik Air India, penerbangan AI171, terhempas berhampiran Ahmedabad sejurus selepas berlepas pada 12 Jun lalu, mengorbankan 270 orang termasuk 241 penumpang, kru kapal dan orang awam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.