Pesawat Air Busan terbakar di lapangan terbang Korea Selatan; tiada korban jiwa

Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran dari pesawat Air Busan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan, Korea Selatan pada 28 Jan 2025. (Gambar: Agensi berita Yonhap, REUTERS)
Kesemua 169 penumpang dan tujuh anak kapal dipindahkan tanpa korban jiwa, lapor agensi berita Yonhap memetik pihak berkuasa.
Kebakaran bermula di ekor pesawat, menurut Yonhap.
Sudah sebulan sejak bencana udara paling dahsyat berlaku di Korea Selatan apabila pesawat Jeju Air dari Bangkok terhempas di landasan Lapangan Terbang Muan ketika ia melakukan pendaratan kecemasan dan meragut 179 nyawa. Hanya dua individu yang terselamat dalam insiden tersebut.
Syarikat penerbangan tambang jimat Air Busan adalah sebahagian daripada Asiana Airlines, yang pada bulan Disember telah diperoleh oleh Korean Air.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.