Pesara belajar ternak kambing dari YouTube
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
BUKIT MERTAJAM: Biarpun bergelumang dengan najis haiwan, selain menjalani rutin menguruskan kambing seawal pukul 8.00 pagi, ia tidak sedikit pun membuatkan seorang pesara swasta berasa terbeban.
Bagi Mamat Ismail, 65 tahun, ternakan kecil-kecilan yang diusahakannya di kawasan Bukit Indera Muda Bukit Mertajam, Pulau Pinang, memberi kepuasan dan kegembiraan.
Dia berkata bukan saja kambingnya meraih sambutan penduduk sekitar malah hasil tenusu haiwan itu juga mendapat permintaan tinggi dari luar kawasan terutama Kuala Lumpur.
"Pak cik mula menternak kambing sejak enam tahun lalu iaitu ketika menghampiri usia persaraan kerana memang sejak muda berminat untuk membela kambing, namun kekangan kerja ketika itu buatkan pak cik tunggu sampai telah tamat kerja baru mulakannya.
"Pada peringkat awal bermodalkan RM40,000 (S$11,516), pak cik hanya memelihara 40 ekor kambing jenis Jamnapari dan Saanen dan sehingga kini jumlah ternakan meningkat kepada 70 ekor. Kalau ikutkan jual kambing bukanlah beri pulangan lumayan mana, namun sebab minat pak cik masih bertahan sehingga sekarang," katanya kepada Bernama di Bukit Mertajam.
Encik Mamat berkata pada peringkat permulaan dia banyak belajar cara menternak kambing termasuk bagaimana memastikan haiwan itu sihat menerusi laman sosial YouTube.
Dia juga mendapatkan nasihat dan khidmat berkaitan suntikan serta ubat cacing daripada Jabatan Pertanian Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri bagi mengelak tumbesaran kambing terjejas.
"Dari mula memang pak cik belajar daripada YouTube sahaja, sebab minat mendalam nak bela kambing jadi pak cik betul-betul teroka YouTube untuk tengok macam mana penternak lain bela haiwan ini, cuma cabaran sekarang ini harga dedak dan makanannya naik mendadak sejak tahun lepas,” cerita datuk kepada 19 cucu itu.
Katanya walaupun dedak mengalami kenaikan harga, dia tetap memastikan haiwan ternakannya mendapat makanan mencukupi di samping bahan-bahan lain.
Selain itu, Encik Mamat berkata kambing jenis Saanen merupakan kambing tenusu dan mampu menghasilkan sehingga tiga liter susu setiap hari yang akan dihantar ke Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, dia berkata tahun ini sebanyak 14 ekor kambing sudah ditempah untuk ibadah korban dan jumlah itu berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
"Kalau sebelum-sebelum ini lebih 20 ekor kambing ditempah untuk dibuat korban, tahun ini kurang sedikit mungkin sebab harga naik kerana kos untuk ternak haiwan ini juga meningkat sekarang ini," katanya yang menjalankan kerja ternakan sendirian.
Katanya dia mendapat sokongan yang kuat daripada isterinya Mardziah Abdul Rahman, 64, dan anak-anak serta berharap golongan muda menceburi bidang ternakan dengan mendapatkan nasihat serta tunjuk ajar daripada jabatan-jabatan berkaitan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.