Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesantren Indonesia boleh jadi model pendidikan agama serantau: Pemerhati

Anggaran Waktu Membaca:

JAWA TIMUR: Sekolah-sekolah agama di Indonesia atau pesantren dikatakan boleh menjadi model bagi pendidikan agama di rantau ini.

Bahkan sebilangan daripada sekitar 36,000 pesantren di Indonesia sudah ada rancangan untuk mengembangkan sayap ke luar negara.

Secara keseluruhan, terdapat kira-kira lima juta pelajar yang menghadiri pesantren di negara berkenaan.

Selepas tamat pengajian mereka, pelajar tersebut perlu berkhidmat sebagai guru di pesantren masing-masing selama dua tahun.

"Para pelajar mesti lulus untuk berkhidmat di sekolah dan menyebarkan ilmu mereka supaya ilmu itu membawa manfaat dan tersebar luas dalam masyarakat," kata Arifin, seorang guru di Pesantren Islam Tebuireng.

PESANTREN ISLAM TEBUIRENG ANTARA YANG POPULAR

Sebelum ini, pesantren hanya mengajar pendidikan agama tetapi kini, pesantren seperti Pesantren Islam Tebuireng juga mengajar mata pelajaran sekular.

Pesantren Islam Tebuireng ditubuhkan pada tahun 1899 oleh Encik Hasyim Asy'ari, pengasas pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama.

Para graduan pesantren itu termasuk mantan Presiden Indonesia Allahyarham Abdurrahman Wahid.

Pesantren tersebut amat terkenal dan turut menarik  pelajar dari luar negara seperti Mohd Fadli Lenceng dari Malaysia.

"Saya niat hendak belajar di Indonesia kerana saya tahu dengan ilmu yang banyak di Indonesia terutama di Jombang, Teibureng yang bersambung dan sijil Tebuireng Hasyim Asy'ari itu diiktiraf seluruh dunia kerana ia terkenal dengan ilmunya," ujar beliau.

SUDAH ADA 15 CAWANGAN; MULA KE PERSADA GLOBAL 

Pesantren itu sudah mempunyai 15 cawangan di merata Indonesia.

Fasa perkembangan seterusnya adalah untuk menubuhkan Pesantren Islam Teibureng di luar negara.

Pengetua Pesantren Islam Tebuireng Abdul Hakim Mahfudz berkata: "Sekarang ini kami sedang globalisasi dan rasanya sudah tiada sempadan. Jadi kami mahu pendidikan di peringkat apa pun, rasanya sudah mula menjadi global tetapi amat bergantung kepada kemampuan kami untuk menggajikan lagi ustaz-ustaz yang baru dan sumber manusia seperti pengurusan. Jadi ini semua menjadi pertimbangan."

Para pemerhati percaya perubahan model pesantren merata Indonesia kini lebih progresif dan boleh berkongsi amalan-amalan terbaik di rantau ini.

"Beberapa pesantren di Indonesia boleh menjadi model pendidikan Islam di Asia Tenggara kerana ada pesantren yang dikendalikan dengan baik, moden, terbuka dan melahirkan para graduan yang boleh menyumbang secara bermakna buka saja kepada pembangunan Indonesia tetapi juga rantau ini ataupun secara global," jelas Zamil Pelawat Sekolah Pengajian Antarabangsa Dr Noor Huda Ismail.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan