Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesalah seksual kanak-kanak paling dahsyat Britain maut ditikam dalam penjara

Pesalah seksual kanak-kanak paling dasyat warga Britain, yang disabitkan dengan penderaan seksual yang serius terhadap 200 kanak-kanak dan bayi di Asia Tenggara, ditemui mati ditikam ketika berada dalam penjara.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesalah seksual kanak-kanak paling dahsyat Britain maut ditikam dalam penjara

Richard Huckle. (Gambar fail: AFP menerusi Agensi Jenayah Kebangsaan)

Diterbitkan : 14 Oct 2019 11:06PM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 11:07PM

LONDON: Pesalah seksual kanak-kanak paling dasyat warga Britain, yang disabitkan dengan penderaan seksual yang serius terhadap 200 kanak-kanak dan bayi di Asia Tenggara, ditemui mati ditikam ketika berada dalam penjara.

Menurut jurucakap Khidmat Penjara Britain pada Isnin (14 Okt), Richard Huckle, 33 tahun ditemui mati dalam sel penjara Full Sutton, utara England, semalam.

Pesalah seksual kanak-kanak tersebut dilaporkan ditemui mati ditikam beberapa kali menggunakan pisau di dalam sel penjaranya.

Huckle dijatuhkan 22 hukuman penjara seumur hidup pada 2016 selepas mengaku bersalah atas 71 tuduhan serangan seksual yang serius terhadap kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga 12 tahun antara tahun 2006 hingga 2014.

Kebanyakan mangsanya adalah kanak-kanak dari masyarakat miskin Kristian di Kuala Lumpur, Malaysia.

Huckle memuat naik gambar-gambar penderaan terhadap kanak-kanak di sebuah laman web, dengan mangsa paling muda dipercayai berumur kira-kira enam bulan.

Sejumlah besar gambar dan video memaparkan serangan dan jenayah rogol terbabit turut dikongsi secara meluas di laman web gelap.

Lebih menjijikkan, dia juga menjadikan jenayah sadis itu sebagai satu sumber pendapatan menerusi penjualan imej mangsa yang dirakam.

Dia ditahan selepas siasatan Australia berhubung laman web berkenaan

Polis Britain menahan Huckle, yang berasal dari Kent, England, di Lapangan Terbang Gatwick London pada Disember 2014 semasa pulang ke tanah air dari Malaysia untuk menghabiskan cuti Krismas bersama ibu bapanya.

Dia membawa komputer dan kamera yang mengandungi lebih 20,000 imej penderaan seks kanak-kanak, dengan lebih 1,000 daripadanya menunjukkan dia melakukan pelbagai kesalahan termasuk rogol.

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan