Skip to main content

Dunia

Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas Lintasan Rafah dibuka semula

Pesakit dan rakyat Palestin yang cedera dari Gaza mula tiba di Mesir selepas Lintasan Rafah dibuka semula untuk pergerakan orang ramai selepas ditutup hampir sepenuhnya sejak Mei 2024 apabila bahagian Gaza dikuasai tentera Israel.
Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas Lintasan Rafah dibuka semula
Ambulans beratur untuk memasuki pintu sempadan Mesir di lintasan Rafah menuju ke Carikan Gaza. (Gambar: AP)
Diterbitkan : 03 Feb 2026 07:27AM Dikemas Kini : 03 Feb 2026 07:28AM
GAZA: Pesakit dan rakyat Palestin yang cedera dari Gaza mula tiba di Mesir selepas Lintasan Rafah dibuka semula untuk pergerakan orang ramai selepas ditutup hampir sepenuhnya sejak Mei 2024 apabila bahagian Gaza dikuasai tentera Israel.

Pembukaan semula lintasan itu disifatkan sebagai talian hayat kepada penduduk Gaza, namun menimbulkan kekecewaan kerana hanya jumlah kecil individu dibenarkan keluar dan tiada barangan dibawa masuk.

Menurut hospital tempatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 20,000 pesakit dan mangsa cedera masih menunggu untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza.

Laporan Israel menyatakan hanya 50 pesakit, bersama seorang atau dua ahli keluarga, dibenarkan keluar setiap hari.

Lintasan itu dikendalikan oleh penyelia Kesatuan Eropah (EU) dengan sokongan kakitangan Palestin, manakala pemeriksaan keselamatan dilakukan oleh Israel dari jarak jauh.

Media Mesir melaporkan ambulans telah membawa kumpulan pertama pesakit ke hospital di Mesir.

Pembukaan Lintasan Rafah sebelum ini tertangguh berikutan syarat Israel agar mayat tebusan terakhir Israel di Gaza diserahkan kepada negara itu, yang disahkan berlaku minggu lalu.

Israel melancarkan kempen ketenteraan di Gaza menyusuli serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Sejak itu, lebih 71,800 rakyat Palestin terbunuh, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita