Pesakit kencing manis lebih mudah dijangkiti gejala COVID-19 serius: Khairy
(Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
SHAH ALAM: Penghidap penyakit kencing manis adalah tiga hingga empat kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala COVID-19 yang serius berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu, menurut Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin.
Encik Khairy berkata memandangkan penyakit kencing manis sudah lama wujud dalam masyarakat setempat, rakyat perlu berusaha untuk membendungnya daripada terus menular kerana akan akhirnya, memberi kesan terhadap mutu hidup penduduk Malaysia.
āPenyakit kencing manis bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan. Malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat,ā katanya ketika berucap pada Kempen Perangi Diabetes anjuran Selangor FC dan syarikat farmaseutikal Sanofi Aventis Malaysia (Sanofi) yang berlangsung secara maya pada Rabu (6 Apr).
Justeru beliau mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan cara hidup yang aktif.
āIbu bapa juga harus menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup yang sihat bagi memastikan anak-anak kita terus sihat, cergas dan bebas daripada sebarang penyakit,ā katanya.
Menurutnya tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019, ia mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia sudah pun meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus (2019).
āLaporan ini menunjukkan satu daripada lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas di negara ini, hidup dengan diabetes atau persamaan hampir empat juta penduduk Malaysia,ā katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.