Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesakit cacar monyet pertama Thailand ditemui di Kemboja

Anggaran Waktu Membaca:
Pesakit cacar monyet pertama Thailand ditemui di Kemboja

(Gambar: Tang Chhin Sothy/AFP)

BANGKOK: Pesakit cacar monyet pertama Thailand yang menghilangkan diri dari pusat peranginan Phuket sudah dijumpai di Phnom Penh pada Sabtu (23 Jul). 

Kementerian Kesihatan Kemboja memaklumkan lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu sudahpun dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, lapor Khmer Times.

Lelaki itu ditemui di sebuah rumah tetamu di Phnom Penh.

Beliau dihantar ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk menerima rawatan pada petang Sabtu (23 Jul). 

Kementerian Kesihatan Kemboja menggesa orang ramai yang pernah berhubung secara langsung dengan lelaki itu supaya mengasingkan diri dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Lelaki itu, yang tinggal melebihi tempoh di Thailand, disahkan dijangkiti cacar monyet di pusat peranginan Phuket pada 18 Julai lalu.

Dia melarikan diri selepas dimaklumkan tentang hasil ujian awal pada 18 Julai.

 

Pihak berkuasa telah melancarkan gerakan untuk menjejaki lelaki itu dan isyarat telefon bimbitnya dikesan di wilayah timur laut bersempadan dengan Kemboja pada Sabtu (23 Jul). 

Pada Sabtu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan