Pesaing Twitter Threads lancar versi web
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Getty Images North America/Justin Sullivan)
SAN FRANCISCO: Threads, pesaing Meta untuk menumbangkan Twitter sebagai platform pilihan selebriti, syarikat-syarikat dan pemerintah, sekarang disediakan di laman web sedang ia berhasrat untuk menghidupkan semula pelancarannya yang tidak memberangsangkan.
Versi web Threads dianggap sebagai kunci utama untuk menarik golongan karyawan dan media yang merupakan pengguna aktif media sosial, di mana kebanyakannya memuat naik catatan dari komputer mereka ketika waktu bekerja.
"Threads.net kini disediakan untuk semua. Beritahu kami apa yang anda fikirkan," tulis ketua Instagram Adam Mosseri pada Khamis (25 Ogos), yang juga ketua Threads.
Sehingga sekarang, Threads hanya boleh diakses melalui aplikasi telefon bimbit Iphone dan Android.
Pesaing kepada Twitter (kini dipanggil X), dilancarkan lebih awal pada awal Julai oleh Meta, yang menjemput lebih dari satu bilion pengguna Instagram untuk memuat turun aplikasi tersebut.
Ia menjadikan Threads aplikasi paling cepat dimuat turun, memecahkan rekod dicipta sebelum ini oleh ChatGPT.

Namun, kejayaan awal itu tidak berpanjangan, dengan penggunaan aplikasi itu mula menurun sejak itu dan para pengguna menggesa versi web aplikasi itu dicipta serta melaksanakan beberapa perubahan.
X, yang dimiliki Elon Musk, masih berada di tempat pertama sebagai platform untuk komen dan berita. Namun kekecohan dialami platform itu sejak pemilik Tesla tersebut mengambil alih dan menghakis kejayaan aplikasi tersebut serta memaksa penggunanya mencari alternatif lain.
Syarikat Similarweb, yang mengira jumlah pengguna, menunjukkan pengguna aktif seharian di versi Android Threads jatuh kepada 10.3 juta dari 49.3 juta ketika ia memuncak.
Ketika Threads dilancarkan awal bulan lalu, CEO Meta Mark Zuckerberg memberi amaran bahawa aplikasi itu "akan mengambil masa untuk menjadi stabil, namun sebaik sahaja kami berjaya menstabilkannya, kami akan menumpukan kepada usaha meluaskan jumlah pengguna."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.