Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesaing Twitter, Koo, sepadukan ChatGPT untuk bantu pengguna cipta kandungan

Anggaran Waktu Membaca:
BENGALURU: Aplikasi media sosial India, Koo, yang juga pesaing Twitter, sudah disepadukan dengan ChatGPT milik OpenAI untuk membantu penggunanya menghasilkan catatan dengan lebih mudah.

Demikian menurut pengasas bersama syarikat itu kepada Reuters.

ChatGPT adalah sebuah bot kecerdasan buatan (AI) yang boleh menjana respons kepada soalan yang diajukan.

Pengguna Koo boleh menggunakan ChatGPT secara langsung di dalam aplikasi itu untuk membantu mereka lakar catatan mengenai ehwal semasa, politik atau budaya pop, kata pengasas bersama Koo, Mayank Bidawatka dalam satu temu bual.

"Ia akan membantu para pereka mendapat inspirasi tentang apa yang ingin direka," kata beliau.

"Mereka boleh bertanya (ChatGPT) mengenai trend di rantau mereka dan menulis pandangan mereka."

Encik Bidawatka berkata Koo akan menjadi platform pertama yang menyepadukan teknologi itu untuk mengarang catatan.

Para pengguna menaip soalan mereka pada alat ChatGPT atau gunakan ciri arahan suara Koo.

Hampir 20 peratus pengguna Koo secara aktif menghasilkan kandungan di aplikasi itu. Setelah disepadukan dengan ChatGPT, jumlah tersebut tambahnya akan meningkat lagi.

Ciri tersebut akan dilancarkan dahulu bagi akaun yang sudah disahkan di Koo dan akhirnya disediakan kepada semua pengguna.

Koo juga akan meneroka kemungkinan meletakkan label untuk menandakan jika sesuatu catatan itu dicipta dengan bantuan ChatGPT.

"Saya rasa orang ramai perlu tahu jika sesuatu kandungan itu dicipta oleh AI," kata Encik Bidawatka.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan