Perutusan khas PM Muhyiddin kepada seluruh M'sia hari ini
Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin dijangka akan menyampaikan ucapan kepada seluruh negara pada pukul 2.00 petang ini (10 Mei).
PM Muhyiddin. (Gambar: AFP)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin dijangka akan menyampaikan ucapan kepada seluruh negara pada pukul 2.00 petang ini (10 Mei).
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP)dijangka berakhir pada Selasa, 12 Mei ini.
Malaysia melaporkan 54 kes baru semalam (9 Mei), menjadikan jumlah keseluruhan lebih 6,500 kes dengan satu lagi kematian dilaporkan, menjadikan angka korban akibat jangkitan COVID 19 di negara itu sebanyak 108 kesemuanya.
Satu kelompok baru turut dikenal pasti di sebuah tapak binaan di Selangor.
Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan, pihaknya masih menjalankan lebih banyak ujian terhadap para pekerja asing di negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.