Peruncit UK lapor permintaan 'luar biasa' bagi cenderamata majlis kemahkotaan Raja Charles III
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Daniel Leal)
LONDON: Penjualan cenderamata kenang-kenangan upacara kemahkotaan Raja Charles III telah menarik permintaan yang "belum pernah berlaku sebelum ini", lapor PA Media/dpa.
Pengeluar seramik mewah Halcyon Days berkata ia menjangkakan jualan koleksinya yang dicipta sempena peristiwa bersejarah itu mencecah lebih £1 juta (S$1.68 juta). Bahkan, ia telah menambah jumlah tenaga kerjanya sebanyak 20 peratus sejak Januari untuk menghasilkan 150,000 produk tambahan.
Ketua syarikat, Pamela Harper berkata: “Kami telah melihat permintaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk koleksi kenang-kenangan upacara kemahkotaan itu.
“Sebagai pemegang waran diraja dan satu-satunya pembekal objet d’art bersejarah kepada keluarga diraja Britain, kami sentiasa melihat lonjakan jualan semasa majlis diraja.
“Bagaimanapun, upacara kemahkotaan Raja Raja Charles III benar-benar peristiwa penting dan kami terharu dengan permintaan yang luar biasa banyaknya ini.
“Untuk memastikan terdapat cenderamata diraja yang cukup pada upacara nanti, kami telah menambah tenaga kerja kami sebanyak 20 peratus sejak Januari dan telah menghasilkan 150,000 produk tambahan untuk koleksi cenderamata pertabalan kami. Saya gembira melihat pengguna dari UK dan luar negara terus meraikan yang terbaik dari Britain.”
EBay juga melaporkan perdagangan hebat dalam cenderamata bertemakan kemahkotaan Raja Charles III, dengan pencarian bagi "anak patung beruang" melonjak lebih 980 peratus minggu demi minggu, kusyen "God save the King" naik sebanyak 400 peratus dan cawan "Kemahkotaan Raja Charles III" sebanyak lebih 260 peratus.
Pembeli juga tidak melepaskan peluang untuk membuat pelaburan, dengan carian bagi "setem Raja Charles" melonjak berganda menjelang hujung minggu upacara kemahkotaan manakala carian bagi “syiling perak diraja” mencatat peningkatan 200 peratus.
Pengurus syiling, setem dan jongkong eBay UK, Robert Parkinson, berkata: “ Upacara kemahkotaan yang akan datang dijangka menyebabkan lonjakan besar dalam permintaan bagi syiling dan setem Raja Charles III di eBay.
“Keluarga diraja Britain popular di seluruh dunia dan memandangkan upacara kemahkotaan ini yang pertama berlaku dalam tempoh lebih 70 tahun, ia sudah pasti akan menjana pelbagai pilihan cenderamata popular yang harganya pasti meningkatkan dari semasa ke semasa.
Sementara itu, pasar raya Sainsbury berkata ia telah menjual hiasan reben sepanjang 230.6 kilometer dan 22,000 topeng muka Charles dan Camilla menjelang hujung minggu upacara kemahkotaan tersebut.
Carian bagi pakaian merah, putih dan biru juga meningkat sebanyak 676 peratus minggu lalu, kata pasar raya itu, manakala carian di Argos bagi potongan kadbod bentuk Raja Charles meningkat sebanyak 369 peratus dalam tempoh empat minggu lalu.
Sainsbury juga berkata ia menjual satu cawan cenderamata kemahkotaannya setiap lima saat pada hari pertama jualan, bersama-sama dengan cukup hiasan reben untuk mewarnai laluan perarakan kemahkotaan sebanyak 75 kali.
Istiadat kemahkotaan Raja Charles III akan diadakan di Westminster Abbey, di mana beliau akan dimahkotakan menjadi Raja Britain ke-62.
Upacara kemahkotaan tersebut akan menyaksikan Raja Charles III ditabalkan secara rasmi, dalam tradisi yang wujud selama ribuan tahun selepas berakhir pemerintahan ibunya, Ratu Elizabeth yang meninggal pada bulan September.
Upacara tersebut turut menjadi yang pertama dalam era media sosial.
Istiadat kemahkotaan Ratu Elizabeth II merupakan yang pertama disiarkan melalui televisyen 70 tahun lalu.
Kemahkotaan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla bakal menyaksikan istiadat ketenteraan terbesar dalam tempoh 70 tahun yang melibatkan lebih 6,000 anggota tentera.
Selain melibatkan anggota tentera pelbagai pangkat, istiadat ketenteraan itu juga akan menampilkan kapal tentera laut dan perarakan pengawal berkuda, tembakan meriam dan lintas hormat oleh 60 pesawat Tentera Laut Diraja, Tentera British dan Tentera Udara Diraja selama enam minit di ruang udara The Mall di tengah London.
Hampir 400 anggota tentera dari sekurang-kurangnya 35 negara Komanwel akan turut terlibat dalam acara bersejarah itu.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.