Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perubahan iklim kini "tiada titik kembali', kata ahli primotologi Jane Goodall

Anggaran Waktu Membaca:
Perubahan iklim kini "tiada titik kembali', kata ahli primotologi Jane Goodall

(Gambar: AFP/JON KOPALOFF)

Diterbitkan : 28 Sep 2022 02:36PM Dikemas Kini : 28 Sep 2022 03:04PM
LOS ANGELES: Iklim dunia yang berubah dengan begitu cepat menyebabkan manusia mati akal dalam merebut peluang untuk memulihkannya.

Amaran itu dibuat oleh ahli primatologi Jane Goodal dalam satu wawancara.

Cik Goodall, yang merupakan aktivis alam sekitar selama beberapa dekad, berkata bahawa masa semakin singkat untuk menghalang kesan paling buruk pemanasan bumi yang berpunca daripada manusia.

"Kita benar-benar berada pada tahap tiada titik kembali," Cik Goodall memberitahu AFP di Los Angeles.

"Lihatlah perubahan iklim yang sedang berlaku di seluruh dunia. Ia mengerikan."

"Kita merupakan sebahagian daripada alam semula jadi ini dan bergantung kepada ekosistem yang sihat," tambah beliau.

Cik Goodall berkata beliau sudah melihat beberapa perubahan yang baik dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Namun beliau juga menggesa agar tindakan segara diambil.

"Kita tahu apa yang perlu dilakukan. Maksud saya, kita mempunyai berbagai-bagai wadah. Namun kita dihambat oleh pemikiran jangka pendek tentang keuntungan ekonomi berbanding perlindungan jangka panjang demi alam sekitar pada masa depan," kata Cik Goodall.

Beliau berkata demikian pada Ahad (25 Sep) di luar acara meraikan kejayaan beliau menerima Hadiah Templeton yang bernilai AS$1.3 juta (S$5.1 juta).

Hadiah tersebut merupakan anugerah tahunan bagi individu yang memanfaatkan sains untuk menerokai persoalan-persoalan yang dihadapi manusia.

Wang tunai yang dimenangi itu disalurkan ke Institut Jane Goodall, iaitu sebuah pertubuhan global bagi pemuliharaan hidupan liar dan alam sekitar.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan