Perubahan iklim jejas jemaah Haji, tekanan haba dijangka cecah had bahaya ekstrem antara 2047 dan 2052
Menurut pihak berkuasa Saudi, seramai 44 jemaah haji telah dirawat sejauh ini kerana mengalami kelelahan akibat cuaca yang tinggi.
Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Menurut pihak berkuasa Saudi, seramai 44 jemaah haji telah dirawat sejauh ini kerana mengalami kelelahan akibat cuaca yang tinggi.
Dalam pada itu, pihak berkuasa berkenaan juga sudah memberi amaran bahawa suhu di pertengahan Jun berpotensi menjangkaui 50 darjah Celcius.
Rencana ini akan menjelaskan bagaimana suhu panas ekstrem boleh menjejas jemaah yang menunaikan ibadah haji.
Sejak tujuh tahun lalu, para jemaah haji sering berdepan dengan cuaca sangat panas semasa musim haji.
Pada 2018, suhu di tanah suci mencecah 45 darjah Celcius.
Empat tahun kemudian, pada 2022, suhu mencecah 46 Celcius, dan 47 Celcius pada tahun seterusnya.
Ia kemudian mencecah paras rekod 51.8 darjah Celsius semasa musim haji tahun lalu.
Pada 16 Jun 2024, cuaca melampau tersebut menyebabkan lebih 2,700 kes jemaah haji mengalami keletihan haba, dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Malah, lebih 1,300 jemaah meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi iaitu kekurangan cecair dalam tubuh.
Namun kejadian itu bukanlah yang pertama berlaku di Tanah Suci.
Pada 1985, lebih 1,700 meninggal dunia sewaktu musim haji, kebanyakannya disebabkan oleh tekanan haba.
Menurut seorang pakar, ini antara kesan cuaca terlalu panas.
"Ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal. Anda berjalan jauh, anda berdiri berjam-jam lamanya, misalnya, di Arafah, dan anda bergerak di antara ramai orang," kata Ketua Advokasi Global, Islamic Relief Worldwide, Shahin Ashraf.
"Di bawah keadaan panas ini, badan lebih cepat penat dan mereka yang mengalami penyakit jantung, paru-paru atau buah pinggang lebih berisiko pengsan atau meninggal dunia," tambah beliau.
Selain itu, kegiatan-kegiatan haji yang lain seperti kerja-kerja binaan dan ekzos kenderaan secara besar-besaran, turut menyumbang kepada kesan haba yang akan merangsang kenaikan suhu.
Satu tinjauan kumpulan penyelidik yang berpangkalan di Paris, Clima Meter, mendapati perubahan iklim yang didorong oleh kegiatan manusia menyebabkan suhu di Makkah menjadi 2.5 darjah Celsius lebih tinggi berbanding paras yang dijangkakan sebelum ini.
Pendeknya, fenomena perubahan iklim akan terus memburukkan lagi keadaan - dengan tekanan haba bagi jemaah haji dijangka mencecah had bahaya ekstrem antara 2047 dan 2052.
"Perubahan iklim menyumbang kepada mutu udara yang lebih teruk, misalnya dan kesesakan serta pelepasan karbon dioksida sewaktu Haji memburukkan lagi masalah ini. Jadi mereka yang menghidap penyakit asma atau masalah pernafasan boleh mengalami serangan atau komplikasi," kata Encik Shahin.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.