Peru tutup sementara tapak pelancongan Machu Picchu di tengah tunjuk perasaan antipemerintah
Para pelancong menunggu di luar stesen kereta api Machu Picchu selepas khidmat kereta api digantung disebabkan kerosakan yang dipercayai adalah akibat penunjuk perasaan di Machu Picchu, Peru pada 21 Januari 2023. (Gambar: Carolina Paucar/AFP)
ANKARA: Peru menutup tapak pelancongan terkenal Machu Picchu di tengah-tengah tunjuk perasaan antipemerintah yang menyaksikan ratusan pelancong terkandas di daerah tersebut.
“Mulai hari ini (22 Jan), pelancong tidak dibenarkan masuk ke llaqta atau Kubu Kota Machu Picchu dan Rangkaian Laluan Inca sehingga diberitahu kelak.
“Bantuan sewajarnya akan diberikan kepada pelawat dalam dan luar negara yang telah membeli tiket atau mereka boleh memohon bayaran balik,” menurut Agensi Berita Andina, memetik kenyataan Direktorat Kebudayaan Disentralisasi wilayah Cusco.
Seramai 417 orang terkandas di daerah Machu Picchu dengan lebih 300 daripada mereka adalah warga asing.
BACA:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.