Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertukaran calon saat akhir atas semangat BN, tegas Hasni Mohammad

Anggaran Waktu Membaca:
Pertukaran calon saat akhir atas semangat BN, tegas Hasni Mohammad

Hasni Mohammad (Gambar: BERNAMA)

JOHOR BAHRU: Pertukaran saat akhir calon Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan atas semangat parti gabungan itu, kata Pengerusi BN Johor Hasni Mohammad.

Katanya lagi, tindakan itu setelah BN mengambil kira beberapa perkara termasuk perwakilan wanita, orang muda serta kelulusan akademik yang merupakan antara komponen penting dalam membuat keputusan untuk memilih calon.

"Pertukaran saat akhir adalah atas semangat BN. Parti-parti seperti MCA juga mengubah senarai calon mereka, MIC juga berbuat yang sama."

"Tentunya UMNO perlu membuat penyesuaian apabila kita telah memuktamadkan pengagihan kerusi-kerusi antara parti-parti dalam BN," katanya pada sidang media selepas melancarkan Bengkel Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Senai hari ini (28 Feb).

Beliau yang juga Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertukaran calon BN yang dilaksanakan pada saat akhir.

BN melakukan pertukaran calon pada saat-saat akhir melibatkan kerusi DUN Sungai Balang dan DUN Tanjung Surat.

Sebelum ini BN mengumumkan Mohd Helmi Abdul Latif sebagai calon bagi DUN Sungai Balang sebelum menukarnya kepada Selamat Takim, manakala bagi DUN Tanjung Surat, Aznan Tamim diumumkan sebagai calon menggantikan Syed Sis Abd Rahman.

Aznan merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang.

BN meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, dengan 37 daripada calon itu adalah dari UMNO, MCA (15) dan MIC (empat).

Mengenai kempen BN pada PRN Johor ini, Hasni berkata jentera parti masih belum bergerak sepenuhnya ketika ini dan mereka akan mendekati pengundi secara berperingkat berdasarkan kajian di lapangan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Johor pada 12 Mac manakala pengundian awal pula pada 8 Mac.

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan