Skip to main content

Dunia

Pertubuhan Tenaga Atom Iran tetap pertahan industri nuklear

Pertubuhan Tenaga Atom Iran menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan pembangunan industri nuklear negara itu dihentikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertubuhan Tenaga Atom Iran tetap pertahan industri nuklear

Gambar satelit yang disediakan Maxar Technologies ini menunjukkan Loji Pengayaan Bahan Api Fordow di tengah Iran pada 14 Jun 2025. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 22 Jun 2025 01:47PM Dikemas Kini : 22 Jun 2025 01:50PM
TEHRAN: Pertubuhan Tenaga Atom Iran menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan pembangunan industri nuklear negara itu dihentikan.

Dalam satu kenyataan, pertubuhan tersebut menjelaskan bahawa ia tidak akan membiarkan "pembangunan industri nasional mereka terganggu".

Ia turut menyatakan bahawa serangan ke atas tapak-tapak nuklear Iran merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Walau bagaimanapun, pertubuhan itu tidak memperincikan tahap kerosakan yang dialami akibat serangan Amerika Syarikat.

Pertubuhan Tenaga Atom Iran turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong Iran dan mengecam tindakan Amerika Syarikat.

Iran juga mengumumkan bahawa beberapa langkah sudah disusun, termasuk tindakan undang-undang, bagi mempertahankan hak negara itu di peringkat antarabangsa.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita