Skip to main content

Dunia

Pertubuhan antarabangsa, negara seru keganasan di Sudan dihentikan

Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres, bersama-sama beberapa pertubuhan antarabangsa dan negara, menggesa agar pertempuran di Sudan dihentikan.

"Setiausaha Agung mengecam sekeras-kerasnya pertempuran antara Rapid Support Forces (RSF) dan Angkatan Tentera di Sudan.
Setiausaha Agung menyeru para pemimpin untuk segera menghentikan permusuhan, memulihkan keamanan dan memulakan dialog untuk menyelesaikan krisis semasa," menurut kenyataan itu pada Sabtu (15 Apr).

Peningkatan konflik berterusa n akan memberi kesan kepada orang awam dan memburukkan lagi "keadaan yang sudah tidak menentu di negara itu," tambah kenyataan itu.

Encik Guterres juga menyeru negara-negara anggota PBB di rantau itu untuk menyokong usaha memulihkan keadaan.

Wakil Khas Setiausaha Agung PBB untuk Sudan dan Ketua Misi Bantuan Peralihan Bersepadu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Sudan (UNITAMS), Volker Perthes berkongsi pandangan yang sama dan berkata beliau telah menghubungi RSF dan tentera Sudan "meminta mereka untuk menghentikan pertempuran dengan segera", lapor Sputnik.

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika Moussa Faki Mahamat menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan keganasan di Sudan, menggesa semua pihak untuk "menamatkan segera pertelingkahan, keganasan terhadap penduduk, dan pertumpahan darah".

Rusia, Mesir, Turki, Kesatuan Eropah, Liga Negara Arab, serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken termasuk Duta Besar AS di Khartoum, menyeru agar permusuhan antara tentera Sudan dan RSF ditamatkan.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita