AS pertimbang peraturan baru COVID-19 bagi pelawat dari China

(Gambar: Luca Bravo/Unsplash)
WASHINGTON: Pemerintah Amerika Syarikat (AS) mungkin mengenakan langkah-langkah baru COVID-19 bagi pelawat yang tiba di AS dari China disebabkan keprihatinan mengenai "kekurangan data jelas" daripada Beijing.
Demikian menurut para pegawai AS pada Selasa (27 Dis).
Ini selepas Jepun, India dan Malaysia mengumumkan langkah-langkah yang dipertingkat bagi para pelawat yang tiba dari China dalam tempoh 24 jam lalu, ekoran kenaikan pada jumlah jangkitan COVID-19 di negara tersebut.
BACA:
"Masyarakat antarabangsa kian prihatin terhadap penularan COVID-19 di China buat masa ini dan kekurangan data jelas, termasuk data urutan genom virus, yang dilaporkan oleh China," menurut para pegawai.
Sesetengah hospital dan rumah persemadian di China berdepan tekanan luar biasa, sedang virus itu merebak tanpa sebarang kawalan di merata negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk.
Bagaimanapun, perangkaan rasmi menunjukkan hanya satu kematian COVID-19 sepanjang minggu yang berakhir pada Isnin (26 Dis). Ini mencetuskan kesangsian dalam kalangan pakar kesihatan dan penduduk berhubung data pemerintah. Perangkaannya tidak konsisten dengan pengalaman negara-negara yang mempunyai kurang penduduk setelah ia membuka semula sempadannya.
China menyatakan pada Isnin bahawa pelawat yang tiba di negara itu tidak lagi dikehendaki menjalani kuarantin, mulai 8 Januari, dalam satu langkah hebat ke arah melonggarkan sekatan sempadan yang ditutup sejak 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.