Pertemuan pemimpin dunia di sidang puncak PBB dijangka hasilkan pelan perkasa golongan miskin
Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Para pemimpin dunia akan berhimpun di New York pada Isnin (18 Sep) untuk Sidang Puncak Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Antara tumpuan utama sidang puncak itu adalah untuk kembali memberi tumpuan kepada sasaran memperkasa golongan miskin di dunia.
Ini adalah antara 17 Sasaran Pembangunan Mampan yang diggariskan oleh negara-negara anggota PBB lima tahun yang lalu.
Usaha untuk memberi tumpuan dan menyalurkan dana kepada sasaran-sasaran ini berkali-kali dihambat.
Kejadian seperti pandemik COVID-19, perang di Ukraine, krisis iklim dan kenaikan kos sara hidup yang ketara mengurangkan dana bagi kebanyakan program PBB.
Lantaran itu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menekankan, satu pelan harus dilakarkan sewaktu sidang puncak tersebut agar mereka kembali mengutamakan sasaran-sasaran itu.
Tambahnya, hanya sekitar 15 peratus boleh dicapai setakat ini.
Para aktivis menyeru negara-negara maju agar menyokong pembaharuan institusi-institusi ekonomi antarabangsa bagi menghuraikan isu hutang yang menjejas negara-negara sedang membangun.
Sidang Puncak G20 di New Delhi bulan ini mengambil langkah pertama untuk menyentuh isu perwakilan di peringkat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
Namun, terdapat kebimbangan bahawa sidang puncak pada Isnin mungkin dibayangi ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, memandangkan ia diadakan sehari sebelum Perhimpunan Agung PBB.

Sumber : AGENCIES/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.