Pertemuan Mahathir, Muhyiddin bukan perkara baru, kata PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak akan terjejas, walaupun wujud kerjasama antara dua mantan perdana menteri, menurut Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Mengulas pertemuan antara Dr Mahathir Mohamad dengan Encik Muhyiddin Yassin bagi merintis kerjasama untuk gerakan Proklamasi Orang Melayu baru-baru ini, Encik Anwar yang juga Pengerusi PH berkata ia bukanlah suatu perkara yang baru.
“Kelompok itu tetap akan bersekongkol untuk mempertahankan cara mereka dan harta mereka. Jadi, kita bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara tercinta,” katanya kepada para pemberita selepas merasmikan International Social Wellbeing Conference 2023 di Kuala Lumpur pada Khamis (6 Jul).
Mengenai keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding bagi PRN yang diadakan Ogos ini, Encik Anwar berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada beliau oleh kedua-dua presiden parti berkenaan.
“Mereka menyatakan peringkat ini tidak akan bertanding namun menyatakan sokongan…Saya mengucapkan terima kasih atas kesediaan mereka untuk membantu dan mempertahankan kedudukan Kerajaan Perpaduan,” katanya.
PRN yang melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan secara serentak, dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh hari mengundi, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.