Skip to main content

Dunia

Pertempuran berterusan di Sudan memaksa 450,000 kanak-kanak larikan diri, menurut UNICEF

Anggaran Waktu Membaca:

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan pertempuran yang berterusan di negara itu, menurut agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNICEF.

Dianggarkan 82,000 kanak-kanak sudah melarikan diri ke negara jiran dan kira-kira 368,000 lagi hilang tempat tinggal, lapor Agensi Anadolu (AA). 

"Konflik di Sudan telah mengorbankan kanak-kanak di negara itu. Beribu-ribu telah mengalami peristiwa yang sangat trauma atau dihalau dari rumah mereka untuk mencari perlindungan," kata Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell.

Sejak keganasan meletus pada 15 April, lebih 164,000 orang mencari suaka di Republik Afrika Tengah, Chad, Mesir, Habsyah, Libya dan Sudan Selatan. 

UNICEF turut memberi amaran bahawa musim hujan boleh meningkatkan risiko penyakit.

Lebih 550 orang terbunuh dan beribu-ribu cedera dalam pertempuran antara dua jeneral yang bertelagah – ketua Angkatan Tentera Sudan Abdel Fattah al-Burhan dan komander pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), Mohammed Hamdan "Hemedti" Dagalo.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita