Pertarungan Musk-Zuckerberg diadakan di Itali
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
WASHINGTON: Elon Musk pada Jumaat (11 Ogos) berkata bahawa pertarungan yang dinanti-nantikan antara beliau dengan Mark Zuckerberg akan berlangsung di Itali, sedang pihak berkuasa negara itu mengesahkan perbincangan menganjurkan "acara amal yang hebat."
Sebarang pertarungan antara dua gergasi teknologi itu masih belum disahkan secara rasmi. Namun, Encik Musk dalam catatan di platform media sosialnya, X - yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter - bahawa rancangan sedang diatur.
"Saya sudah bercakap dengan PM Itali dan Menteri Kebudayaan," tulis Encik Musk, yang merujuk kepada Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni. "Mereka setuju menganjurkannya di lokasi yang epik."
Menteri Kebudayaan Itali Gennaro Sangiuliano mengesahkan tentang perbualan bersama Encik Musk mengenai "cara untuk menganjurkan acara amal paling hebat dalam sejarah".
Namun, sebarang pertarungan tidak akan diadakan di Rome.
Encik Musk berharap untuk mengadakan pertarungan itu di Colosseum, iaitu sebuah tapak Warisan UNESCO. Idea tersebut dikongsi olehnya pada lewat Jun.
Dalam satu kenyataan, Encik Sangiuliano berkata sebarang acara bersama Encik Musk akan menjana "jumlah yang besar, ratusan juta euro, yang akan didermakan kepada dua hospital pediatrik Itali yang penting."
Encik Musk berkata pertarungan dalam sangkar seni mempertahankan diri campuran itu akan diuruskan oleh yayasan dikendalikan oleh dirinya dan Encik Zukerberg dan bukan UFC, iaitu penganjur seni bela diri campuran (MMA) yang berpangkalan di Las Vegas.
Bos UFC Dana White, yang masih berharap untuk terlibat dalam acara itu, mendedahkan kepada podcast Mike Tyson minggu ini bahawa beliau percaya pertarungan tersebut akan menjana pendapatan sebanyak AS$1 bilion (S$1.35 bilion).

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.