Skip to main content

Dunia

Pertamina, Boeing meterai MoU bangunkan industri bahan api penerbangan mampan di Indonesia

Firma tenaga negara Indonesia, Pertamina, menyatakan ia telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Boeing, untuk meneroka peluang membangunkan industri bahan api penerbangan mampan (SAF) di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertamina, Boeing meterai MoU bangunkan industri bahan api penerbangan mampan di Indonesia

Logo Boeing kelihatan dalam ilustrasi yang diambil pada 26 Julai 2025. (Gambar fail: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 09 Jul 2026 11:55AM
JAKARTA: Firma tenaga negara Indonesia, Pertamina, menyatakan ia telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Boeing, untuk meneroka peluang membangunkan industri bahan api penerbangan mampan (SAF) di negara itu.

Perjanjian itu bertujuan menyokong usaha Indonesia bagi mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor penerbangan, selain bergerak ke arah sifar bersih pelepasan karbon, menurut Pertamina dalam kenyataannya pada lewat Rabu (8 Jul).

Kedua-dua syarikat juga akan meneliti usaha untuk mengenal pasti sumber bahan mentah, membangunkan teknologi SAF dan menyokong pembangunan dasar berkaitan SAF.

"Kami yakin kerjasama ini akan mempercepatkan pembangunan industri SAF yang berdaya saing, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar bagi ekonomi Indonesia," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertamina, Simon Aloysius Mantiri.

Pengarah Urusan Boeing Indonesia, Indra Duivenvoorde, berkata Indonesia berpotensi menjadi peneraju serantau dalam penerbangan mampan.

Dalam pada itu, Boeing meramalkan trafik penumpang di Asia Tenggara berkembang sekitar tujuh peratus setahun hingga 2044, mewujudkan permintaan bagi hampir 4,900 pesawat baharu.

Syarikat itu menyatakan penggunaan SAF dijangka membantu mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor penerbangan.

Pertamina sebelum ini sudah melancarkan beberapa inisiatif SAF, termasuk pengeluaran dan pensijilan SAF, penggunaan SAF oleh anak syarikatnya Pelita Air, serta projek Cilacap Biorefinery untuk menghasilkan SAF menggunakan minyak masak terpakai dan bahan mentah mampan lain yang berasaskan sisa.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita