Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertahanan Awam Saudi haramkan bawa, guna gas masak di tapak suci sepanjang musim haji

Lembaga Pengarah Pertahanan Awam Arab Saudi mengesahkan larangan ke atas kemasukan mahupun penggunaan semua jenis dan saiz silinder gas masak di kem jemaah haji serta pejabat agensi kerajaan yang terletak di tanah suci.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertahanan Awam Saudi haramkan bawa, guna gas masak di tapak suci sepanjang musim haji
Diterbitkan : 25 Jun 2022 09:36AM Dikemas Kini : 25 Jun 2022 09:37AM
RIYADH: Lembaga Pengarah Pertahanan Awam Arab Saudi mengesahkan larangan ke atas kemasukan mahupun penggunaan semua jenis dan saiz silinder gas masak di kem jemaah haji serta pejabat agensi kerajaan yang terletak di tanah suci.

Pertahanan Awam menyatakan larangan itu akan berkuat kuasa mulai pagi hari pertama bulan Zulhijjah, lapor Saudi Gazette.

Keputusan untuk mengharamkan kemasukan dan penggunaan gas petroleum cecair (LPG) di tapak suci semasa musim haji akan dikuatkuasakan menerusi penyelarasan dengan penguasa keselamatan.

Ia memberi amaran semua barang terlarang, termasuk dapur dan silinder gas yang mungkin digunakan untuk tujuan memasak, akan disita.

Pertahanan Awam menekankan bahawa prosedur undang-undang akan dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang didapati mencabuli syarat-syarat dan peraturan, menurut laporan Saudi Gazette.

Pasukan penyeliaan pencegahan kebakaran dan keselamatan Pertahanan Awam akan menjalankan lawatan lapangan dan pemeriksaan menyeluruh ke semua pejabat agensi kerajaan serta pertubuhan komersil di tapak suci bagi memastikan LPG tidak digunakan di premis masing-masing di Mina, Muzdalifah dan Arafah ketika musim haji demi menjaga kesihatan serta keselamatan jemaah.

Keputusan untuk mengharamkan gas masak di tapak suci tergolong di bawah rangka kerja langkah pencegahan yang dikenakan oleh Pertahanan Awam bagi mengurangkan risiko kebakaran ketika membuat persiapan kem jemaah haji serta ketika tempoh jemaah tinggal di sana untuk menyempurnakan ibadah haji.
Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan