Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertabalan Raja Charles III bakal saksikan istiadat ketenteraan terbesar dalam 70 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Pertabalan Raja Charles III bakal saksikan istiadat ketenteraan terbesar dalam 70 tahun

(Gambar: Dan Kitwood/Pool/AFP)

LONDON: Pertabalan Raja Britain Charles III dan Ratu Camilla bakal menyaksikan istiadat ketenteraan terbesar dalam tempoh 70 tahun yang melibatkan lebih 6,000 anggota tentera.  

Istiadat akan berlangsung di Westminster Abbey pada 6 Mei, lapor agensi berita Jerman, dpa. 

Selain melibatkan anggota tentera pelbagai pangkat, istiadat ketenteraan itu juga akan menampilkan kapal tentera laut dan perarakan pengawal berkuda, tembakan meriam dan lintas hormat oleh 60 pesawat Tentera Laut Diraja, Tentera British dan Tentera Udara Diraja selama enam minit di ruang udara The Mall di tengah London.

Perdana Menteri Rishi Sunak berkata: “Saya sangat berbangga dengan anggota tentera kita yang cemerlang. Mereka berganding bahu dengan rakan dan sekutu Komanwel kita untuk memastikan istiadat berjalan lancar dan memukau orang ramai dan rakyat di seluruh dunia.”

Setiausaha Pertahanan Ben Wallace berkata acara itu akan menjadi satu acara yang “gah”.

"Kami berbangga dengan profesionalisme dan kesungguhan angkatan tentera kami kerana mereka menghormati Baginda sebagai ketua komander baru mereka.

“Dari perarakan di The Mall, ke terbang lalu di London, ia akan menjadi satu acara penghormatan yang menakjubkan dan istimewa,” katanya.

Hampir 400 anggota tentera dari sekurang-kurangnya 35 negara Komanwel akan turut terlibat dalam acara bersejarah itu.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan