Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pertabalan Maharaja Naruhito: Ramai pasangan di Jepun ikat tali perkahwinan

Sempena meraikan bermula era baru Maharaja mereka, ramai pasangan di Jepun mengabadikan hari bersejarah itu dalam hubungan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pertabalan Maharaja Naruhito: Ramai pasangan di Jepun ikat tali perkahwinan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 May 2019 05:48PM Dikemas Kini : 01 May 2019 06:00PM

TOKYO: Sempena meraikan bermula era baru Maharaja mereka, ramai pasangan di Jepun mengabadikan hari bersejarah itu dalam hubungan mereka.

Di sebuah pejabat kerajaan daerah Chiyoda, di ibu kota Tokyo berpuluh-puluh pasangan menunggu giliran untuk mengikat tali perkahwinan.

Pejabat itu terletak di sekitar kawasan istana di mana berlangsung istiadat-istiadat pertabalan maharaja baru.

Seorang pegawai perhubungan awam Chiyoda berkata pihaknya menerima lebih 80 permohonan awal.

Namun pihak pentadbiran memutuskan membuka pejabat pada cuti umum setelah menerima lebih banyak pertanyaan mengenainya.

Sebuah ruang khas era Reiwa juga disediakan bagi para pasangan mengambil gambar untuk mengabadikan detik bersejarah itu. 

Sumber : Agensi berita/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan