Persidangan Paris bincang isu sisa plastik

(Gambar: Olivier Morin/AFP)
PARIS: Para wakil dari 175 negara sedang bersidang di Paris bagi menghasilkan satu perjanjian baru bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar daripada sisa buangan plastik.
Selain negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mesyuarat itu turut disertai pertubuhan bukan pemerintah, saintis dan kesatuan sekerja.
Persidangan lima hari yang berlangsung di ibu pejabat UNESCO di ibu kota Perancis itu adalah yang kedua dalam lima pusingan perbincangan, bermula tahun lalu di Uruguay.
Menjelang 2024, PBB menyasarkan untuk merangka konvensyen dengan peraturan dan langkah yang meliputi keseluruhan kitaran hayat plastik.
Bagaimanapun, kumpulan alam sekitar, industri plastik dan negara pengeluar minyak mempunyai matlamat yang berbeza-beza berhubung peraturan itu.
Cebisan-cebisan plastik yang amat kecil telah dikesan pada darah, susu badan dan uri manusia.
Di alam semula jadi pula, pencemaran plastik telah dikesan di Kutub Utara dan pada ikan-ikan yang hidup di bahagian lautan paling dalam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.