Persidangan Haji dan Umrah 2024 tumpu perhatian kepada usaha tingkatkan pengalaman jemaah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/SPA)
JEDDAH: Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah ketiga yang bertujuan untuk mempertingkatkan pengalaman jemaah haji di kedua-dua masjid suci.
Dianjurkan oleh Kementerian Haji dan Umrah di bawah naungan Raja Salman, acara selama empat hari itu akan berlangsung dari 8 hingga 11 Januari 2024 di Jeddah Superdome, lapor agensi media Saudi (SPA) pada Isnin (25 Dis).
Ia merupakan sebahagian daripada Program Pengalaman Jemaah, yang menjadi tunjang Visi 2030 Saudi.
Persidangan itu akan melibatkan perbincangan mengenai perkhidmatan jemaah haji, yang bertujuan untuk meningkatkan mutu jemaah haji, di samping memperkayakan pengalaman keagamaan dan budaya pengunjung.
Ia akan menghimpunkan para individu yang berminat dalam sektor Haji dan Umrah dari pemerintah seantero dunia.
Pelawat boleh memanfaatkan pelbagai inisiatif, produk, perkhidmatan dan projek, dengan persidangan itu dijangka akan memupuk kerjasama, menangani cabaran, dan mempromosikan inovasi dan kreativiti.
Acara itu juga akan menggalakkan pelaburan dalam huraian dan teknologi baharu, serta meningkatkan kemahiran bagi memastikan ia sejajar dengan pembangunan sektor Haji dan Umrah.
Syarikat-syarikat, misi Haji, penyedia perkhidmatan, usahawan dan pegawai akan dapat mempamerkan produk dan perkhidmatan Haji mereka, yang digalakkan untuk membina kerjasama mampan yang akan meningkatkan lagi pengalaman jemaah haji.
Forum itu juga bermatlamat untuk meningkatkan daya saing entiti-entiti dan syarikat-syarikat dalam sektor Haji dan Umrah, menyalurkan keupayaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan pilihan sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan Saudi terhadap kebajikan jemaah.
Pelbagai panel perbincangan meliputi beberapa sesi akan merangkumi topik-topik utama, termasuk perumahan, logistik, penjagaan kesihatan, pengangkutan, teknologi, kecerdasan buatan, huraian air dan tenaga, dengan emuanya bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan bagi jemaah haji dan umrah.
Menurut laporan Arab News, semuanya bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan jemaah haji dan umrah.
Kementerian Haji dan Umrah Saudi juga merancang untuk mewujudkan sistem yang mampan bagi pembangunan pengalaman jemaah haji, memanfaatkan idea daripada para pakar merentasi sektor kerajaan dan swasta. Ini melibatkan trend masa depan, memupuk perkongsian dan inisiatif, melibatkan inovator dan mengkaji semula usaha Arab Saudi untuk meningkatkan perkhidmatan jemaah haji.
Persidangan Haji dan Umrah tahun lalu berhasil menarik lebih 100,000 pengunjung, dengan 360 entiti kerajaan dan swasta mengambil bahagian. Acara itu juga menyaksikan pemeteraian lebih 200 perjanjian dalam sektor Haji dan Umrah.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.