Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Persidangan Agung Tahunan Bersatu 18-19 Dis

Persidangan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2021 akan diadakan pada 18 hingga 19 Dis ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Persidangan Agung Tahunan Bersatu 18-19 Dis

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Sep 2021 11:04AM Dikemas Kini : 30 Sep 2021 11:08AM

KUALA LUMPUR: Persidangan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2021 akan diadakan pada 18 hingga 19 Dis ini, lapor Astro Awani.

Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, perkara itu ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

"Persidangan bagi peringkat cawangan akan diadakan pada 9 hingga 30 Okt, manakala persidangan bahagian pula 12 hingga 14 Nov ini.

"Persidangan-persidangan tersebut akan dilakukan secara fizikal, maya atau 'hybrid' bergantung kepada kelulusan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini (30 Sep).

Mesyuarat MPT Bersatu pada Rabu dipengerusikan Presidennya, Muhyiddin Yassin.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, MPT Bersatu turut sebulat suara bersetuju melantik Ahli Parlimen Segamat, Dr Santhara Kumar sebagai Ketua Sayap Bersekutu yang pertama.

"MPT Bersatu mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut dan percaya bahawa pelantikan Santhara mampu menarik lebih banyak penyertaan ahli-ahli bersekutu dan seterusnya meningkatkan sokongan rakyat daripada semua lapisan masyarakat kepada BERSATU," ujarnya, ditukil Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan