Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Persiapan dipertingkat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi jelang 10 hari terakhir Ramadan

Jabatan Presiden Ehwal Dua Masjid Suci Islam di Arab Saudi meningkatkan persiapan menjelang 10 hari terakhir bulan Ramadan sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Persiapan dipertingkat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi jelang 10 hari terakhir Ramadan

(Gambar: Saudi Ministry of Hajj and Umrah/AFP)

Diterbitkan : 02 May 2021 03:32PM Dikemas Kini : 02 May 2021 03:33PM

ARAB SAUDI: Jabatan Presiden Ehwal Dua Masjid Suci Islam di Arab Saudi meningkatkan persiapan menjelang 10 hari terakhir bulan Ramadan sekarang.

Menurut Agensi Saudi Press, proses pembersihan dan nyah kuman sudahpun dipertingkat di kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk memastikan keselamatan serta perlindungan lebih ramai jemaah yang dijangka berkunjung.

Ini di tengah-tengah cuaca panas dan kemungkinan hujan di Saudi sekarang.

Lebih 4,000 pekerja ditugaskan untuk pembersihan dan pembasmian kuman di Masjidil Haram dengan prosesnya diulang 10 kali sehari.

Lebih 80,000 liter bahan pembasmi kuman dan 1,600 liter pewangi digunakan setiap kali.

Pintu-pintu masuk tambahan ke Masjidil Haram juga dibuka untuk memudahkan pergerakan lebih ramai jemaah dalam 10 hari terakhir Ramadan sekarang.

Setiap hari, 100,000 orang dibenarkan mengerjakan semua solat fardhu dan terawih di Masjidil Haram. Lagi 50,000 jemaah dibenarkan melakukan umrah.

Namun di tengah-tengah cuaca yang mencapai sehingga 40 darjah selsius sekarang, Kementerian Ehwal Islam dan Dakwah Saudi merancang mengagihkan suku juta payung kepada para jemaah umrah yang bertawaf.

Pembahagian air zam-zam di pelantaran Kaabah juga diperhebat dengan adanya kini kios mini untuk diagihkan kepada para jemaah.

Ini tidak termasuk sekitar 200,000 botol dan bungkusan kurma yang turut dibahagikan kepada para pengunjung.

Apa yang pasti, kemasukan para jemaah kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memerlukan seseorang itu mendapatkan vaksin COVID-19 dahulu dan menempah slot untuk kedua-dua ibadah solat dan umrah sejak permulaan bulan Ramadan kali ini. 

Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan