Persiapan akhir dilaksana jelang Pilihan Raya Thailand pada 14 Mei
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Lillian SUWANRUMPHA / AFP
BANGKOK: Kakitangan Pilihan Raya Thailand sedang membuat persiapan terakhir sebelum proses mengundi dijalankan pada Ahad (14 Mei).
Ini termasuk memeriksa dan menghantar kertas-kertas dan kotak undi ke pusat-pusat mengundi.
Berikut adalah apa yang akan menjadi pertaruhannya dan garis masa pelantikan Perdana Menteri kerajaan baru Thai nanti.
Lebih 52 juta daripada 66 juta penduduk negara itu layak mengundi dalam pilihan raya umum kali ini.
Ia meliputi 400 kawasan undi di 77 wilayah.
70 parti politik bertanding untuk merebut kerusi Parlimen, dengan 67 parti turut menyertai pemilihan bagi senarai parti atau 'party-list'.
43 parti bersaing untuk jawatan Perdana Menteri.
Para pengundi membuat dua undian.
Undi pertama adalah untuk memilih calon kawasan undi yang akan mewakili secara langsung.
Ada 400 kerusi sebegini diperuntukkan bagi Dewan Rakyat.
Kertas undi kedua pula adalah untuk memilih sebuah parti politik yang akan mengisi baki 100 kerusi.
Para penggubal undang-undang bersama 250 ahli dewan Senat Thai yang sebelum ini dilantik junta tentera, akan memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri ke-30 Thailand.
Untuk menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri, calon yang menang mesti meraih sokongan daripada lebih separuh daripada anggota Dewan Rakyat dan Senat Thai, atau sekurang-kurangnya 376 anggotanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand dijangka mengisytiharkan pemenang menjelang awal Julai.
Parlimen baru kemudian akan bersidang pada pertengahan Julai untuk memilih perdana menteri seterusnya.
Perdana Menteri baru itu dan kabinetnya dijangka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Thailand pada bulan Ogos.
Proses mengundi akan berakhir pada 5.00 petang waktu tempatan pada Ahad.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, keputusan tidak rasmi akan didedahkan pada hari yang sama.
Suruhanjaya itu menyasar untuk mengesahkan 95 peratus daripada undi atau 475 daripada 500 kerusi yang dipertandingkan dalam masa 60 hari, atau sebelum 13 Julai.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.