Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Persiapan Aidilfitri di Tebing Barat suram dibayangi konflik

Suasana muram menyelebungi kota Ramallah di Tebing Barat, Baitulmakdis, menjelang cuti sempena Aidilfitri setelah sebulan menunaikan ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Persiapan Aidilfitri di Tebing Barat suram dibayangi konflik

(Gambar: Petikan skrin video APTN)

Diterbitkan : 13 May 2021 10:29AM Dikemas Kini : 13 May 2021 10:31AM

RAMALLAH: Suasana muram menyelebungi kota Ramallah di Tebing Barat, Baitulmakdis, menjelang cuti sempena Aidilfitri setelah sebulan menunaikan ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan.

Penduduk Palestin berkata ia akan menjadi sukar untuk mereka menikmati hari kemenangan itu yang biasanya merupakan hari paling menggembirakan sepanjang tahun, disebabkan perkembangan di Gaza dan Baitulmakdis.

Roket-roket yang dilancarkan dari Gaza dan Israel menggegarkan wilayah itu melalui serangan udara pada Rabu sedang keganasan paling buruk yang pernah meletus sejak satu peperangan pada 2014 menunjukkan banyak tanda ia menyerupai konflik 50 hari yang dahsyat itu, dengan puluhan orang terbunuh dan tiada jalan penyelesaian terlihat.

Perkembangan itu terus berlegar di benak fikiran ramai penduduk di Ramallah.

Keadaan itu bahkan turut menjejas jumlah orang yang mengunjungi pasar kerana rakyat Palestin tidak bersemangat untuk membeli-belah bagi perayaan Aidilfitri yang hilang kemeriahannya tahun ini.

Angka kematian di Gaza meningkat kepada sekurang-kurangnya 67 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, menurut Kementerian Kesihatan. Lebih 300 mangsa cedera termasuk 86 kanak-kanak dan 39 wanita.

Tujuh warga Israel, termasuk seorang askar, tiga wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh dengan puluhan orang lagi cedera.

Keganasan terbaru meletus sebulan lalu di Baitulmakdis, yang mana taktik polis yang sarat bersenjata pada bulan suci Ramadan dan ancaman mengusir puluhan keluarga Palestin oleh peneroka Yahudi mencetuskan tunjuk perasaan serta pertempuran dengan polis. Titik tumpuannya adalah pekarangan Masjid Al-Aqsa, sebuah tempat suci bagi kedua-dua orang Yahudi dan Muslim. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan