Persetujuan sementara dicapai bagi elak penutupan pemerintah AS sekali lagi
Para anggota Dewan Kongres Amerika mengatakan mereka mencapai persetujuan sementara bagi mengelakkan satu lagi penutupan pentadbiran negara itu, yang dijadualkan bermula Sabtu ini.

Bangunan Capitol Amerika Syarikat (Gambar: Reuters)
WASHINGTON: Para anggota Dewan Kongres Amerika mengatakan mereka mencapai persetujuan sementara bagi mengelakkan satu lagi penutupan pentadbiran negara itu, yang dijadualkan bermula Sabtu ini.
Belanjawan bagi beberapa agensi utama pentadbiran Amerika dijangka berakhir Jumaat ini.
Bagaimanapun berucap di satu perhimpunan di bandar El Paso, sempadan Texas, Presiden Donald Trump menegaskan beliau akan terus menggesa Kongres mengeluarkan dana bagi memenuhi ikrarnya untuk membina tembok di sempadan yang memisahkan Amerika dengan Mexico.
Kongres pada Disember lalu menolak permintaan Presiden Trump bagi dana AS$5.7 bilion (S$7.7 bilion) untuk membina tembok tersebut .
Tindakan itu mengakibatkan penutupan jentera pentadbiran Amerika selama 35 hari yang berakhir bulan lalu.
Encik Trump kemudian bersetuju untuk membuka semula pentadbiran negara itu selama tiga minggu, untuk membolehkan dewan kongres membahaskan belanjawan tahun ini, yang berakhir pada 30 September ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.