Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Persatuan Perdagangan Pelepasan Gas Karbon Antarabangsa tubuh pejabat di SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 May 2023 07:35PM Dikemas Kini : 02 May 2023 08:42PM
SINGAPURA: Persatuan Perdagangan Pelepasan Gas Karbon Antarabangsa (IETA) akan menubuhkan sebuah pejabat di Singapura tahun ini.

Langkah itu bertujuan memajukan huraian pasaran karbon di rantau Asia Tenggara.

Singapura mengumumkan langkah itu di persidangan Carbon Forward Asia pada Selasa (2 Mei) yang diadakan buat berjulung-julung kalinya.

Persidangan itu disertai pihak-pihak pemerintah dan syarikat sejagat yang ingin menyumbang kepada perubahan iklim di Asia.

Ini sedang rantau tersebut membentuk separuh daripada pelepasan gas karbon sedunia dan mempunyai beberapa pasaran karbon yang pesat berkembang.

Singapura mahu memainkan peranan aktif dalam mengurangkan pelepasan karbon.

Buat masa ini, Singapura menempatkan lebih 80 perniagaan utama dalam sektor karbon iaitu yang tertinggi di Asia Tenggara.

Jumlah itu dijangka bertambah dengan gesaan agar lebih banyak firma untuk meluaskan operasi di negara ini.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan