Skip to main content

Dunia

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pindah 33 pesakit Gaza melalui sempadan Rafah

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) menjalankan operasi pemindahan perubatan baharu pada Selasa (2 Jun) untuk pesakit dari Carikan Gaza melalui pintu sempadan Rafah, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pindah 33 pesakit Gaza melalui sempadan Rafah

Operasi pemindahan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melibatkan 73 orang, merangkumi 33 pesakit dan 40 waris atau pengiring. (Gambar fail: REUTERS)

GAZA: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) menjalankan operasi pemindahan perubatan baharu pada Selasa (2 Jun) untuk pesakit dari Carikan Gaza melalui pintu sempadan Rafah, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kemanusiaan yang berterusan bagi membolehkan para pesakit mendapat rawatan perubatan pakar di luar negara.

Persatuan itu menyatakan bahawa operasi pemindahan berkenaan melibatkan 73 orang, merangkumi 33 pesakit dan 40 waris atau pengiring. Kumpulan itu dikumpulkan di Hospital Pemulihan Perubatan persatuan berkenaan sebelum dibawa ke pintu sempadan Rafah.

Bulan Sabit Merah menyatakan pasukannya mengendalikan aspek pengurusan, pengangkutan dan sokongan perubatan untuk kumpulan yang dipindahkan itu dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta pihak berkuasa kesihatan berkaitan bagi memastikan perjalanan mereka selamat dan teratur.

Menurut persatuan itu, penglibatannya dalam operasi pemindahan perubatan berkenaan adalah sebahagian daripada misi kemanusiaan berterusan untuk menyokong para pesakit serta memudahkan akses mereka kepada rawatan yang diperlukan melalui bantuan logistik dan perubatan sepanjang proses pengangkutan.

Operasi berkenaan dilakukan di tengah-tengah cabaran getir yang dihadapi oleh sektor penjagaan kesihatan Gaza serta keperluan berterusan untuk memindahkan pesakit, terutamanya mereka yang berada dalam keadaan kritikal, bagi mendapatkan rawatan di hospital dan pusat perubatan pakar di luar wilayah itu.

Pertubuhan kesihatan dan kemanusiaan terus mempergiat usaha bagi memastikan pemindahan pesakit yang memerlukan rawatan pakar dapat dilakukan sedang sistem penjagaan kesihatan Gaza menghadapi tekanan hebat ekoran serangan berterusan Israel, kemusnahan besar-besaran prasarana perubatan, serta peningkatan jumlah pesakit yang memerlukan penjagaan perubatan lanjutan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita