Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Persatuan Bolasepak M'sia hantar surat rasmi kepada AFF; luah rasa tidak puas hati

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan Bolasepak M'sia hantar surat rasmi kepada AFF; luah rasa tidak puas hati

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman. (Gambar fail: Agensi berita)

KUALA LUMPUR : Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghantar surat rasmi berhubung mutu pengadilan sewaktu perlawanan Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa (27 Dis) lalu.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, tindakan itu juga dibuat selepas pihaknya turut mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM, S. Sivasundaram.

“Surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan sudah dihantar ke Setiausaha Agung AFF, Winston Lee pada petang tadi."

“Ia bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu," kata Noor Azman dalam kenyataan yang dikongsi di akaun Facebook rasmi FAM, lapor agensi berita Astro Awani.
Sebelum ini, Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo memberi gambaran bahawa Malaysia tiada alasan untuk merungut terhadap keputusan pengadil ketika aksi Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh.

Vietnam melebarkan rekod tanpa kalah berdepan Malaysia apabila mencipta kemenangan 3-0 dalam aksi Kumpulan B itu dan merampas kedudukan teratas.

Keputusan itu bagaimanapun cuba dibantah pemain Harimau Malaya kerana mendakwa tiada kekasaran yang dilihat dilakukan Azam Azmi Murad ke atas Doan Van Hau di dalam kotak penalti, lapor agensi berita Astro Awani.

Bahkan, tiada sebarang pergelutan yang berlaku antara kedua pemain berkenaan selepas terjatuh sewaktu merebut bola.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan