Skip to main content

Dunia

Persatuan bola sepak Argentina nafi laporan Tapia dipanggil mahkamah Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan bola sepak Argentina nafi laporan Tapia dipanggil mahkamah Amerika

Bola Sepak - Piala Dunia FIFA 2026 - Pusingan 16 - Argentina lwn Mesir - Stadium Atlanta, Atlanta, Georgia, Amerika. - 7 Julai 2026 Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina, Claudio Tapia tiba di stadium sebelum perlawanan. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 23 Jul 2026 08:24AM
BUENOS AIRES: Persatuan bola sepak Argentina (AFA) pada Rabu menyatakan adalah "tidak benar sama sekali" bahawa presidennya, Claudio Tapia atau bendahari Pablo Toviggino telah dipanggil untuk memberi keterangan oleh mahkamah Amerika.

Persatuan itu juga menyatakan dakwaan bahawa telefon bimbit mereka atau sebarang alat elektronik lain dirampas adalah palsu.

Media tempatan melaporkan bahawa ejen FBI telah menahan Tapia dan meminta beliau menyerahkan perantinya sebelum penerbangan sewa khas yang membawa skuad Argentina berlepas dari New York.

Dalam satu kenyataan, AFA menyatakan bahawa perintah mahkamah Amerika itu tidak ditujukan kepada Tapia atau Toviggino, tetapi kepada pihak ketiga, yang namanya tidak didedahkan. Perintah itu mengarahkan orang berkenaan hadir di hadapan panel juri besar serta menyerahkan dokumen dan rekod komunikasi yang melibatkan beberapa orang, termasuk pegawai AFA, menurut kenyataan itu.

Infobae melaporkan pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang menyiasat kontrak komersial berkaitan AFA yang bernilai lebih $300 juta (S$387.28), di tengah-tengah penelitian yang lebih meluas terhadap kewangan bola sepak Argentina susulan serbuan pada Disember lalu, dalam satu siasatan berkaitan pengubahan wang haram.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita