Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Persatuan Amal Hadiyah di Saudi agih lebih 1.2 juta bungkusan makanan sepanjang Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Persatuan Amal Hadiyah yang menjalankan pembahagian makanan iftar atau berbuka serta sahur setiap hari di Arab Saudi, mengagihkan sekurang-kurangnya 1.2 juta bungkusan makanan sepanjang Ramadan kali ini.

Sekitar 750 sukarelawan terlibat dalam pembahagian makanan di kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi setiap hari, lapor agensi berita Arab Saudi, SPA.

Jemaah yang datang untuk berbuka puasa di pekarangan Masjidil Haram datang seawal sejam sebelum waktu Maghrib.

Ini untuk memastikan mereka mendapatkan tempat yang lebih dekat dengan tempat penginapan masing-masing.

"Kalau sudah dekat masuk waktu solat Maghrib terdapat terlalu ramai jemaah sehingga sulit untuk kita mendapatkan tempat untuk berbuka puasa di depan Masjidil Haram," kata seorang penduduk Mohammad Sofi Aw.

Jika tidak, jemaah mungkin terpaksa berjalan jauh sehingga ke kawasan baru perluasan Masjidil Haram yang juga dikenali sebagai Projek Perluasan Raja Abdullah.

Walaupun lebih jauh daripada kawasan Kaabah, hidangan iftar yang disediakan Persatuan Amal Hadiyah tetap sama.

Dalam setiap bungkusan iftar yang dibahagi-bahagikan termasuk jus buah, air minuman, roti dan kurma.

Hanya makanan ringan disediakan selain minuman panas seperti teh dan kopi.

Lazimnya, jemaah akan mengerjakan solat Maghrib di Masjidil Haram sebelum bubar untuk berbuka dengan makanan lebih berat di penginapan atau restoran berdekatan.

Solat Isyak juga dilengahkan sejam semasa Ramadan di Saudi untuk tujuan tersebut.
Sumber : Agensi berita/AA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan