Permohonan tangguh kes pengubahan wang haram, elak cukai Rosmah Mansor ditolak
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Malaysia pada Khamis (24 Ogos), menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan hari pertama kes 17 tuduhan pengubahan wang haram RM7.1 juta (S$2 juta) dan pengelakan cukai membabitkan Rosmah Mansor.
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pihak pendakwaan memerlukan lebih masa untuk memutuskan representasi yang dihantar isteri mantan Perdana Menteri Malaysia itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), pada Jumaat lalu.
“Kes berkenaan telah tertangguh sejak 2018, mahkamah sebelum ini menetapkan Khamis untuk prosiding itu bermula, malah tertuduh juga hadir pada hari ini, jadi kes itu perlu diteruskan,” kata hakim itu, lapor Sinar Harian.
Semasa prosiding, Encik Ahmad Akram berkata, AGC memerlukan masa antara dua hingga tiga bulan untuk meneliti representasi kedua yang difailkan Rosmah.
Menurutnya, tertuduh telah memfailkan representasi pertama bertarikh 3 Mei manakala kedua pada 18 Ogos lalu.
Katanya, pendakwaan memerlukan masa yang lebih panjang, memandangkan terdapat beberapa nama lain telah dibangkitkan.
“Disebabkan perkara itu, pihak pendakwaan perlu mencari penama berkenaan dan sebilangannya berada di luar negara.
“Kami memohon supaya perbicaraan yang ditetapkan bermula hari ini dan beberapa tarikh lain, ditangguhkan,” katanya, dipetik daripada Astro Awani.
Mendengar perkara itu, peguam, Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah, juga tidak membantah perkara berkenaan.
Menurutnya, pembelaan menghargai tindakan pasukan pendakwaan yang tidak tergesa-gesa untuk menolak representasi, sebaliknya masih mempertimbangkan fakta yang dilampirkan anak guamnya.
“Isu dibangkitkan akan menjadi asas kepada pihak pembelaan yang menjurus kepada pertuduhan.
“Maka, kami mohon pendakwaan mempertimbangkan representasi berkaitan fakta yang dibangkitkan, termasuk nama yang diberi,” katanya, menurut Sinar Harian.
Isteri Najib Razak itu berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 (S$2 juta) , dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, beliau didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018.
Selain perbicaraan itu, Rosmah masih menghadapi prosiding rayuan terhadap keputusan Hakim, Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) yang menjatuhinya hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta (S$280 juta) atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion(S$372 juta).

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.