Permohonan pengampunan diraja Najib tidak pernah dibincang di Kabinet, tegas Anthony Loke
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Astro AWANI)
PUTRAJAYA: Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kerana ia bukan urusan kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
"Isu pengampunan itu ialah pendirian UMNO sebagai parti politik," katanya semasa menjawab soalan dalam sidang media pada Isnin (10 Apr).
Encik Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata sesiapa sahaja selepas disabitkan kesalahan boleh memohon pengampunan dan ia merupakan proses biasa.
"Proses itu adil kepada semua pihak. Siapa-siapa sahaja boleh mohon pengampunan tapi sama ada itu dibenarkan atau tidak terpulang kepada Agong.
"Untuk kita, kita menaruh kepercayaan kepada proses itu dan kebijaksanaan Agong untuk membuat keputusan yang terbaik," katanya.
Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta (S$63 juta) yang dikenakan ke atas Encik Najib yang didapati bersalah menyeleweng RM42 juta (S$12 juta) dana milik SRC International Sdn Bhd.
Pada 31 Mac lalu, Encik Najib gagal memperoleh kebenaran untuk menyemak hukuman dan sabitan itu.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.