Permohonan pengampunan bagi Najib guna desakan politik, kata Muhyiddin Yassin
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: BH Online
PASIR PUTEH: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan usaha Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar memberi pengampunan penuh kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak sebagai desakan politik.
Bagaimanapun Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata perkara tersebut terserah kepada Lembaga Pengampunan sama ada mahu mempertimbangkan permohonan itu atau sebaliknya, lapor Astro Awani.
"Isu ini (memohon pengampunan) ada proses dan prosedur tertentu. Setahu saya siapa sahaja boleh memohon, namun dia (UMNO) menggunakan desakan politik," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat khas bersama kepimpinan PN Kelantan di Pasir Puteh pada Sabtu (8 Apr).
Hadir sama, Pesuruhjaya PAS Kelantan Ahmad Yakob, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan Kamarudin Md Nor dan barisan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.
Encik Muhyiddin enggan mengulas lanjut mengenai pengesahan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim yang akan menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses penilaian permohonan Lembaga Pengampunan itu.
“Saya tidak boleh komen kerana perkara itu bersandarkan perlembagaan undang-undang,” katanya.
MKT UMNO membuat keputusan untuk merayu pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong bagi Najib semasa mesyuarat bulanannya pada Jumaat (7 Apr).
Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu bukan bertujuan mengenakan desakan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ia, jelasnya, dilakukan atas dasar simpati terhadap Encik Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana kesalahan menyelewengkan RM42 juta (S$13 juta) dana syarikat SRC International.
Encik Najib adalah mantan Presiden UMNO.
Baru-baru ini Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk menyemak semula, sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes itu.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.