Permohonan Najib Razak bagi semakan sabitan kes SRC kini ditetapkan sehari pada 19 Jan
Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan sehari pada 19 Januari untuk mendengar permohonan semakan Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta (S$12 juta) dana milik SRC International Sdn Bhd.
Sebelum ini mahkamah menetapkan tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 26 Januari untuk mendengar permohonan semakan bekas perdana menteri itu.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata mereka menerima e-mel pada Jumaat (6 Jan) daripada Mahkamah Persekutuan memaklumkan dua hari bagi pendengaran itu sudah dilapangkan kerana beberapa hakim yang menganggotai panel untuk mendengar semakan Encik Najib terlibat dengan kes lain.
Bekas perdana menteri berusia 69 tahun itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas beliau gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan denda RM210 juta (S$63 juta).
Encik Najib, melalui Tetuan Shafee & Co memfailkan permohonannya pada 6 Sept tahun lalu, memohon untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan dalam mengesahkan sabitan, hukuman dan denda terhadapnya.
Dalam permohonannya, Encik Najib juga mahu menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 Ogos tahun lalu yang menolak permohonannya untuk mengemukakan keterangan lanjut berkaitan Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hakim perbicaraan dalam kes SRC International itu.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mohd Nazlan mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan -- tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.
Encik Mohd Nazlan yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta (S$63 juta) atau lima tahun penjara ke atas Encik Najib dan keputusannya itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu.
Encik Najib turut memohon agar rayuan itu didengar semula oleh panel Mahkamah Persekutuan yang baharu yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh hakim dan beliau diberi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu pendengaran permohonan semakannya.
Pihak pendakwaan dalam menjawab afidavit Encik Najib, menyatakan bahawa permohonan semakan Encik Najib tidak mempunyai merit dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.
Pihak pendakwaan juga berkata Encik Najib diberi perbicaraan yang adil dan tiada prapenghakiman dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.