Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Permohonan Najib cabar keputusan Jabatan Penjara ditolak

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (27 Okt) menolak permohonan bekas perdana menteri Malaysia Najib Razak untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara yang enggan membenarkan beliau menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan bahawa tiada isu yang timbul untuk dipertimbangkan oleh mahkamah kerana Encik Najib bukan lagi ahli parlimen berikutan pembubaran parlimen pada 10 Oktober.

"Sebaik sahaja parlimen dibubarkan, pemohon (Najib) bukan lagi seorang Ahli Parlimen. Sehingga dan melainkan pengampunan diberikan atau sabitan diketepikan selepas semakan semula, tidak ada kemungkinan pemohon sekali lagi akan menjadi Ahli Parlimen yang pada masa sama juga seorang banduan kerana undang-undang menghalang sesiapa yang disabit kesalahan untuk bertanding, selaras dengan Perkara 48(5) Perlembagaan Persekutuan.

”Oleh itu, permohonan kini menjadi akademik dan ia tidak mempunyai merit. Saya menolak permohonan itu kerana dianggap remeh dan menyusahkan," jelas hakim.

Pada 5 Oktober lalu, Encik Najib, 69 tahun, memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keengganan Jabatan Penjara membenarkan permohonannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Sumber : Bernama/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan