Skip to main content

Dunia

Permohonan 6 parti sertai BN diperhalusi; Puteri BN ditubuhkan

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan 6 parti sertai BN diperhalusi; Puteri BN ditubuhkan

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Dr Zambry Abdul Kadir (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Aug 2022 10:53AM

KUALA LUMPUR: Permohonan enam buah parti untuk menjadi komponen Barisan Nasional (BN) sedang diperhalusi oleh pihak urus setia gabungan itu.

Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu adalah agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur pada Isnin malam (15 Ogos). 

"Dewan Tertinggi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada parti-parti tersebut atas minat dan kesediaan mereka untuk bersama-sama dengan BN," katanya kepada para pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, Naib Pengerusi, Dr Wee Ka Siong, S. Vigneswaran dan Arthur Joseph Kurup. 

Turut hadir wakil Kongres India Se-Malaysia (MIC), M. Saravanan, wakil UMNO, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Mahdzir Khalid serta wakil Persatuan Cina Malaysia (MCA) Senator Dr Mah Hang Soon.

Sementara itu, Dr Zambry berkata Dewan Tertinggi BN juga bersetuju untuk mewujudkan Puteri BN bagi menyelaras pergerakan wanita muda di semua parti komponen, dengan Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan dilantik sebagai Ketua Puteri BN.

Selain itu, beliau berkata Dewan Tertinggi turut memutuskan pelantikan Hishammuddin Hussein sebagai Bendahari Agung BN disambung bagi tempoh dua tahun lagi.

Encik Hishammuddin, yang juga Ahli Parlimen Sembrong, dilantik sebagai Bendahari Agung BN pada 23 Okt 2020 menggantikan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita